Nuffnang Ads

Monday 13 May 2013

RENDANG AYAM HIJAU & KERABU SOTONG ALA THAI

As Salam.. hi yalls.. lama giler kan aku tak update blog.. hahaha.. bukan takdak idea tapi alasan biasa lah.. M.A.L.A.S!!! kebetulan mood rajin aku dok mai ari sabtu aritu aku pun memasak la dengan bersungguh nya.. bahahahaha... meh aku share resepi dengan hampa smua.. kerabu sotong tu aku ikut resepi google dan aku ada tambah jugak 2-3 bahan yg aku rasa akan menarik lagi kesedapan rasa kerabu tu, ecewahhh.. rendang ayam hijau plak resepi dari kawan aku yg memang pakar memasak ala thai nih.. maklum la org berdarah thai jugak kan... aku dah makan 2 kali rendang ijo dia masak tu.. memang sedap pedaih berdesing.. tapi resepi aku nih kurangkan cabai melaka sebab nanti echa takleh makan pedaih sangat.. 

RENDANG AYAM HIJAU

 ikut resepi 100% cabai melaka, tapi aku guna stengah dari resepi then aku tambah cabai muda

 bawang besaq selabu, bawang putih 3 ulas, serai 3 batang, halia 1", lengkuas 1", 20 biji lada hitam (lupa snap haha) blend semua bahan ni dengan cabai tadi

 asam keping, daun limau purut, daun kunyit (aku gatai bubuh, ikut resepi tak payah bubuh)

 stengah ekoq ayam potong ikut suka saiz yg hampa suka, boh garam kunyit goreng separuh masak.

CARA-CARA
-goreng ayam separuh masak dah toskan
-guna minyak yg sama tomeh bahan blender tadi dengan asam keping dan daun limau purut (koyakkan bg naik bau)
-masak bahan blend sampai naik bau, pecah minyak dan pekat.
-bubuh gula sikit, garam dan aji.. 
-masukkan ayam yg di toskan tadi.. kacau rata dalam 5 minit.. masukkan daun kunyit yg dihiris haluih.. (kawan aku kata rendang siam ori memang tak boh daun kunyit) dan siap..

tadaaaaa..... rendang ayam ijo hasil masakan aku.. dapat pujian dari mak mentua, kak ipaq & abang aku
hokeh.. hihihiii

KERABU SOTONG ALA THAI


 bahan utama - sotong di rebuih dalam air mendidih semenet sahaja ya

sebijik tomato buang biji potong dadu, 3biji cabai melaka hiris haluih, sebatang kacang panjang (sebatang ka?haha) hiris haluih jugak.. limau kasturi 2 bijik

3 ulas bawang merah potong nipih, sekuntum bunga kantan hiris nipih dan haluih, sepokok kecik daun ketumbaq hiris nipih jugak.

CARA-CARA

-campoq semua bahan tadi ke dalam bekaih.
-bubuh 1 sudu gula, 1 sudu teh garam, 3 sudu kicap ikan (lupa snap gambaq)
-perah 2 biji limau kasturi
-gaul rata sehingga sebati. siap!!

nindiaaaa kerabu sotong ala thai aku dah siap..


*SELAMAT MENCUBA*