Nuffnang Ads

Monday, 13 May 2013

RENDANG AYAM HIJAU & KERABU SOTONG ALA THAI

As Salam.. hi yalls.. lama giler kan aku tak update blog.. hahaha.. bukan takdak idea tapi alasan biasa lah.. M.A.L.A.S!!! kebetulan mood rajin aku dok mai ari sabtu aritu aku pun memasak la dengan bersungguh nya.. bahahahaha... meh aku share resepi dengan hampa smua.. kerabu sotong tu aku ikut resepi google dan aku ada tambah jugak 2-3 bahan yg aku rasa akan menarik lagi kesedapan rasa kerabu tu, ecewahhh.. rendang ayam hijau plak resepi dari kawan aku yg memang pakar memasak ala thai nih.. maklum la org berdarah thai jugak kan... aku dah makan 2 kali rendang ijo dia masak tu.. memang sedap pedaih berdesing.. tapi resepi aku nih kurangkan cabai melaka sebab nanti echa takleh makan pedaih sangat.. 

RENDANG AYAM HIJAU

 ikut resepi 100% cabai melaka, tapi aku guna stengah dari resepi then aku tambah cabai muda

 bawang besaq selabu, bawang putih 3 ulas, serai 3 batang, halia 1", lengkuas 1", 20 biji lada hitam (lupa snap haha) blend semua bahan ni dengan cabai tadi

 asam keping, daun limau purut, daun kunyit (aku gatai bubuh, ikut resepi tak payah bubuh)

 stengah ekoq ayam potong ikut suka saiz yg hampa suka, boh garam kunyit goreng separuh masak.

CARA-CARA
-goreng ayam separuh masak dah toskan
-guna minyak yg sama tomeh bahan blender tadi dengan asam keping dan daun limau purut (koyakkan bg naik bau)
-masak bahan blend sampai naik bau, pecah minyak dan pekat.
-bubuh gula sikit, garam dan aji.. 
-masukkan ayam yg di toskan tadi.. kacau rata dalam 5 minit.. masukkan daun kunyit yg dihiris haluih.. (kawan aku kata rendang siam ori memang tak boh daun kunyit) dan siap..

tadaaaaa..... rendang ayam ijo hasil masakan aku.. dapat pujian dari mak mentua, kak ipaq & abang aku
hokeh.. hihihiii

KERABU SOTONG ALA THAI


 bahan utama - sotong di rebuih dalam air mendidih semenet sahaja ya

sebijik tomato buang biji potong dadu, 3biji cabai melaka hiris haluih, sebatang kacang panjang (sebatang ka?haha) hiris haluih jugak.. limau kasturi 2 bijik

3 ulas bawang merah potong nipih, sekuntum bunga kantan hiris nipih dan haluih, sepokok kecik daun ketumbaq hiris nipih jugak.

CARA-CARA

-campoq semua bahan tadi ke dalam bekaih.
-bubuh 1 sudu gula, 1 sudu teh garam, 3 sudu kicap ikan (lupa snap gambaq)
-perah 2 biji limau kasturi
-gaul rata sehingga sebati. siap!!

nindiaaaa kerabu sotong ala thai aku dah siap..


*SELAMAT MENCUBA*







Friday, 29 March 2013

Zarra Officially Turn Two

Hari ni 29 Mac 2013 kenit genap 2 taun.. masih ingat entry ni? besday & kekah
Hmm.. aritu kan dah habaq buat besday kenit awai sebulan memandangkan keadaan adik ipaq yg dah pun sarat dan menunggu hari melahirkan ja.. elok 5 hari lepaih tu adik ipaq pun dah selamat bersalin.. alhamdulillah.. syukur semuanya berjalan dgn sempurna dengan keizinan dariNYA..

Mama harap adik membesaq dengan sihat sama macam kanak-kanak lain.. doa dari mama moga adik besaq nanti jadi anak yg soleh, anak yg berguna & menghormati org tua.. mama sayang adik ketat-ketat.. 
I LOVE SO MUCH mmmuuuaaahhhhhhhh!!!!


Thursday, 28 March 2013

MOVIE TIME!!!

Olla frens.. ni story minggu lepaih punya baru  nak update... hahaha... cam besa la kennn... mak kan malassssssssssss....muahahaha... ingat dak kes kenit hilang tu? kan hari tu plan nak tengok wayang, tapi tak jadi sebab laki ai nak bagi anak-anak tengok citer kartun.. citer kartun nye takde.. so, tak jadi tengok wayang... kebetulan adik ipaq ai ada kat QB, ai rojer dia beli 2 tiket hari rabu untuk ai dengan echa.. sebok sangat anak dara ai nak tengok Oz The Great And Powerful.. motif tengok hari rabu?? tiket murah... memang dasarrr kan aku neh.. muahahaha

Rabu pun menjelma, lepaih balik keja teruih rush p amik echa balik skolah.. nasib baik lah laki ai keja pagi.. boleh la ai pergi berdua ja dengan anak dara ai tuu.. echa pun tukaq baju smua dalam keta ja.. hahaha.. sampai QB dah 7.15, punya la tringin ai nak makan popcorn caramel sedap tu.. skali renovation daaa... perut dah lapaq gila nih.. aku leh tahan lagi.. echa??? satg mulut dia bising sepanjang masa "maaa.. kakak lapaqqq..." ai is tension hokehhhh!!! masa nak masuk pass tiket tu aku tnya depa kata ada juai makanan kat ataih.. semangat membara balik nak makan popcorn caramel.. skali depa open table juai junk-food ja!! takpa lah.. asai ada benda nak mengunyah.. echa amik kopok cheezer  besaq 1, ai amik kopok mister potato besaq 1, ayaq oren pulpy botoi kecik 1.. RM11.60 hokeh!!! mahai nak mam!!!



monyet ni nama dia Finley.. sangat cute dan lawak..

snap pic ni lepaih habih tayangan.. abaikan serombong kapai di situ :P

Ni plak kisah hari sabtu.. dah lama plan BFF Outing dengan zue nih asyik la macam-macam dugaan dok mai.. kali ni menjadi jugak.. anak-anak ai tinggai kan kat tok ayah jaga.. mana tau skali depa dua bradik dok p mengadap chik depa ja.. chik la yg melayan sikenit tu minum susu, bg mandi semua.. kami dating kat Sunway Carnival sebrang jaya.. tengok wayang crita Warm Bodies.. best gak la.. horror comedy.. tapi yg tak logiknya.. zombie leh hidup balik jadi manusia.. hahaha..


muka ori dgn muka zombie.. yg mana lg hensem?? aku suka muka zombie nampak best.. nampak BEST?? hahaha

ni heroin zombie tu..

Masa dalam panggung chik post gambaq ni dalam BBM group.. teruih la dandan rindu kat kenit.. hahaha
duck face hokeh.. hahaha.. cute!! 

Lepaih habih tengok wayang teruih ajak zue p makan sebab nak cepat-cepat balik.. kami makan kat fish manhattan.. lepaih order sementara meunggu order sampai tu macam besa la.. camwhore dulu.. 

aksi ala-ala manja gittew.. hihihi #gelaksopan

mak labu ngidam fish n chips.. special for u my dear.. Manhattan Fish n Chips

 me - Manhattan Spicy Baked Fish.. memang superb spicy..

masa nak balik tu hujan lebat kat pintu masuk tu sempat la mak labu ni posing.. hihihiii...


Monday, 18 March 2013

BUDAK KENIT HILANG!!!!!!!!!!!

Al kesahnyaaa...
Sakit jantung aku dengan budak ni tau... kemarin laki aku ajak p gurney bawak anak-anak p jenjalan then nak tengok wayang.. skali dah sampai sana ramai giler org dok beratoq nak beli tiket.. laki aku pun cakap tak payah, lenkali baru tengok wayang.. frust aku.. dah la echa pun dok ajak nak tengok wayang, aku asyik janji ja tapi tak tunaikan lagi.. terus turun bawah p jenjalan.. laki aku ajak masuk Reject Shop.. 

Laki aku suruh aku pilih baju anak-anak dengan legging sorang sepasang.. pastu laki aku bagitau dia nak p tengok baju bahagian laki.. kebiasaanya kalau aku pilih baju, laki aku nanti jaga si kenit tu.. dan bila dia pilih baju, aku pulak pantau si kenit.. tapi ntah cemana leh pikiaq takdak apahal la kan.. aku pilih baju sambil mata meliaq tengok ragam kenit.. skali dia lari keluaq dari reject shop bedesup!!! otomatik la kaki aku pun dengan pantas lari hambat dia.. dah hampir sangat dengan eskalator baru aku dapat tangkap dia.. punya la laju dia lari.. bawak masuk dalam reject shop balik, ada nyonya tegoq "anak u lari manyak laju haa" aku senyum ja.. bahagian kanak-kanak punya baju memang dekat entrance dah.. tu senang dia nak lari.. penat aku dengan budak ni.. pilih baju pun tak senang..

Lepaih tu kan.. echa ada bawak dress mai tunjuk kat aku saiz dia dengan saiz adik dia, tapi aku tak berkenan suruh dia p sangkut balik.. masa echa p sangkut tu aku tengok kenit ikut blakang kakak dia.. lepaih kakak dia sangkut balik dress tu dia mai kat aku "adik mana mama?" trus aku pun "hah??!! adik mana??!!" macam nak pecah dada aihh... teruih aku kata "kakak cari adik dalam ni, jumpa ka tak jumpa adik jangan keluar dari kedai ni.. mama cari adik kat luaq" teruih la keluaq tengok merata tak jumpa.. semua kedai tepi reject shop aku masuk jelajah cari siap tanya sales kat situ lagi, bagitau ciri-ciri kenit baju apa dia pakai semua.. depa kata tak nampak dia.. baru aku tringat nak call laki aku.. trus call bgtau lepaih aku cakap ja teruih la dia end call, bengang kat aku la tu.. aku masuk reject shop balik jumpa echa..

Lepaih laki aku mai kat aku, dia suruh crita macam mana buleh hilang.. aku bagitau la.. teruih mencari kenit.. semua kedai yg aku masuk tadi, aku masuk lagi.. ada sales butik crocs tu mai kat aku "kak, better buat information di kaunter.. bahaya ni.. kak kena cepat" trus aku pun jawab ok.. ketaq baq ang.. macam nak putuih nyawa.. jalan pun srupa tak jejak ke lantai dah.. aku p kat laki aku habaq p buat report kat kaunter, dia suruh aku p.. dia teruskan usaha mencari.. aku p tanya sales tadi tu kaunter kat mana, dia bagi info trus aku p bawak echa.. dari tingkat 3 turun tingkat 1.. cari kaunter dah jumpa trus buat report.. trus informer nih walkie talkie kat security bagi details kenit semua kat depa, suruh depa cari.. lepaih 5 minit laki aku call suruh mai kat reject shop balik.. dia dah jumpa kenit.. legaaaa nyaaaa bila dengar.. baru aku nak habaq kat informer tu, dia pun bagitau security baru walkie talkie dengan kata kenit dah ada dengan bapak dia..

Menapak la aku dengan echa naik balik tingkat 3 tala ke reject shop nuu.. dari jauh aku tengok muka laki aku bengang ja.. berpeluk tubuh menyandaq kat dinding sambil perati kenit.. hampa tau kenit dok buat apa?? dok kira 1 2 3 lepaih tu lompat. lepaih dia lompat dia gelak sambil tepuk tangan.. dia nampak aku jalan p kat dia teruih kenit meluru lari mai kat aku.. aku peluk dia lamaaa...

aku: adik p mana?? awat yg brani sangat ni??
kenit: p tuu.. p tuuu (sambil tunjuk kedai sukan selang 2buah dari reject shop)
aku: abang jumpa adik kat mana?
 laki aku: dalam kedai sukan tu (sambil mulut moncong tunjuk kedai sukan tu)
aku: dia buat apa dalam tu? tadi dah masuk 2 kali cari dia takdak pun.. siap tnya sales kat situ depa pun tak nampak dia..
laki aku: dia dok main celah-celah baju tergantung.. p masuk reject shop balik, amik yg mana dah pilih tadi jom nak bayaq..
aku: ok

Lepaih bayaq, teruih laki aku ajak balik.. melepaihhhhhhhhhhh aku!!!!!!!!! baru dok brangan nak paw kasut dengan baju... huhhhh!!!!!!! kenit punya pasai, aku yg merana... sabaq ja lah... huhuuu.. dekat stengah jam jugak la kenit hilang.. trauma aku tau.. crita kat kawan-kawan aku, depa kata "bleh no hg tak teriak.. aku dlu anak hilang meraung takmau-mau" kalau ampa nak tau.. aku ni jeneh keraih hati, tu payah nak teriak.. tapi dalam hati ALLAH ja yg tau... hailaaaa.. kenit... kenit... taktau takut kat orang langsung.. 


Friday, 15 March 2013

ILY NURYASMIN MAKE OVER & PHOTOSHOOT

Kesahnyaaaaaaa......... dah lama bertaun dah gambaq ni berkepuk berabok dlm folder pc aku nih.. hahahah
Masa ni zarra pun takdak lg.. 3taun lepaih ka 4 taun lepaih ntah.. Min wat photoshoot skali dengan aku join buat photoshoot jugak.. photographer nya ialah is my colleague John Chan .. sila klik yer untuk melihat website nyer.. dia kira harga murah-murah ja kat aku dengan min sebab nak promote la kiranya dia bukan saja photographer untuk org cina ja.. melayu, india smua dia bleh shoot jugak.. kira aku dgn min salah sorang dari model dia lah.. aiseh.. model kennn... hang ada???

sessi make over

sebelum - selepas

seeeeee............. cantik kan????? maaaacammmmmmmmmm DIANA DANIELLE... aku tak kata pun yg aku mekap tu cantik.. gambaq photoshoot tu yg cantik.. yapperdaaaa :P :P :P



Friday, 8 March 2013

Muhammad Al Fatih Bin Muhammad Azani

Seperti yg telah di persetujui & di perkatakan, pasangan Noor Shafinah & Azani, putera sulung mereka namakan MUHAMMAD AL FATIH setelah genap 7 hari dilahirkan.. skali berlangsungnya acara cukur rambut... walaupun pusat blom tanggal lg.. takpa.. tu cuma adat jer tgu pusat tanggal kan.. yg penting kita buat yg dah niat di hati.. kan.. itu lebih afdhal...

ini gambar hari ke4.. lena ja dia tdoq
kakak sebok nak menyempit sama..
sessi cukoq rambut pun bermula
 belah mulut 

minum air zamzam & kurma

kuku dah panjang sgt, kepit kuku skali..
gambaq-gambaq ni smua aku cilok dari fb adik ipaq aku.. hehehe

Nama panggilan?? aku pun taktau nak panggil apa.. panggey AL cam glem jgk kan.. hihihihi..

Friday, 1 March 2013

Welcome to Our New Family Member

Assalamualaikum.. hi olls... Alhamdulillah... adik ipaq aku dah selamat melahirkan baby boy seberat 3kg pukoi 5.06 pagi di Klinik Penawar & Dewan Bersalin Muslimah Seberang Jaya.. leganyaaa... aku rasa teruja yg tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.. dah la aku rindu giler dengan bau baby.. ishhh.. sampai-sampai ja wad adik ipaq aku tu truih aku amik dukung baby dlu cium bau dia yg fresh tu.. macam tau-tau ja takmo letak nak aku dukung dia ja.. hehehe... 
Nak jadikan cerita besday adik ipaq aku nih 27feb.. dia tringin nak makan nasik beriyani.. plan dgn dikla nak kuar makan briyani bawak akak dia p kapitan QB ja senang & dekat.. skali azani asben si pnut nih dah beli bungkuih briyani kat pnut.. so, tukaq plan.. makan siap2 lepas isyak kuar lepak tepi pantai QB n nak beli kek potong kat situ... so, lepaih amik echa balik skolah aku pun lepaih makan bermalas malasan la dlu.. skali tengah bersiap kul 9 dikla call "kakrena, akak dah turun darah ler.. nak kuar ke?" hahaha... jawabnya tak la kan.. buatnya terberanak kat tepi pantai tu naya ja...
Esok nya pagi-pagi dah dapat berita gembira.. dengan kehadiran putera sulung Noor Shafinah & Azani yg masih belum di berikan nama.. comey!! putih gebu.. skali tengok cam iran jepun jer.. sebab masa awai pregnant pnut kena pergi jepun (this time pnut blom tau dia pregnant lg) dah tu kat opis dia pun ramai jepun-jepun yg ada.. TERkenan la kot bak kata org tua-tua kennnn.... aku nih punya exitednya smpaikan ambik emergency leave 2nd half day.. kuar opis 12.40 en.bum mai amik.. trus p antaq echa p skolah dlu, pastu lunch kat pakhusin.. then trus p kedai bunga yg dikla tempah tu memandangkan tak sempat beli kek semalam kami decide beli bunga la.. dikla dah habaq dia p lambat.. so, aku yg p amik bunga tu.. cantik kan?? daisy + rose.. op kos la PINK color.. peberet color si hidung mancung tu.. hehe 

 Ni la bunga tu.. aku suka combination dia.. tak semak n serabut.. just nice..

 ni la putera sulung Noor Shafinah & Azani.. cucu lelaki & anak menakan  ke2 dalam family mentua aku.. ce tengok.. muka macam iras jepun kan??  comeyyy...

 ni aku curik-curik masuk bilik baby snap pic.. time ni aku nak balik dah.. hehehhe.. nasib takdak nurse yg prasan & nampak.. dikla gelak ja tengok perangai aku.. hahaha
Nama baby belum letak lagi.. adik ipaq aku kata nak letak nama hari ke7 nanti.. tapi taktau la kan kot-kot tak sampai 7hari dah letak nama.. hihihiii.. will update soon ya.. daaaa.....